* Entry ini tiada sebarang unsur 18sx pun*
Satu malam yang dingin.
Satu malam yang dingin.
Bintang bertaburan di angkasa. Bulan dengan megah menunjukkan cahayanya.
Kedua-dua sang putera kecil yang dilahirkan untuk menjadi pejuang agama sedang lena diulit mimpi indah. Menunggang kuda sambil membawa pedang jihad fisabilillah. Hanya tinggal sepasang suami isteri duduk berduaan di tepi jendela kamar dengan langsir yang terbuka.
"Abang sibuk sangat sekarang. Maafkan abang kalau awak tak selesa dengan kesibukan melampau abang macam ni. Tapi abang janji, tak lama. Bagi abang masa sampai hujung tahun ni ya"
Aku diam. Angguk. "Tak apa abang. Saya faham"
"Abang tau kebelakangan ni, abang tak bagi tumpuan penuh untuk awak dengan anak-anak" dahiku diusap lembut. Aku rasa tenang sekali.
"Saya faham. Abang jangan risau. Saya doakan semuanya baik-baik. Abang jaga kesihatan..."
...tanganku dikucup. Hatiku sebak. Ketenangan yang aku rasa sekejap tadi mula berkocak.
"Banyak hal yang perlu abang selesaikan. Abang kena uruskan segera..takut tak sempat. Mana tau nanti abang mati. Abang tak mau tinggalkan awak dengan anak-anak terumbang-ambing"
Kerongkongku tersekat. Hidungku mula terasa pedih. "Kenapa abang cakap macam ni?" Mataku dah berkaca. Hai hati, tabahlah. Jangan emo sangat, pujuk diriku pada hatiku sendiri.
"Eh eh...awak menangis ya? Sayang rupanya awak dekat abang ya" suamiku ketawa-ketawa sambil memegang mukaku.
"Abang ni, buat saya risau tau" aku pura-pura menepis tangan suamiku. "Jangan cakap pasal mati-mati lagi tolong..." Hatiku berdegup kencang. Lengannya ku paut.
Memang 30++ tahun jarak usia yang terlalu jauh bezanya antara kami, menjadi faktor kegentaran jiwaku untuk memikirkan bahawa dia akan pergi dulu sebelumku, walau semua tahu ajal tak mengenal usia.
Memang 30++ tahun jarak usia yang terlalu jauh bezanya antara kami, menjadi faktor kegentaran jiwaku untuk memikirkan bahawa dia akan pergi dulu sebelumku, walau semua tahu ajal tak mengenal usia.
"Kan semua yang hidup, memang akan mati. Kita ni semua lahir adalah untuk mati.." Suamiku menarik nafas. "Mati itu pasti. Itu janji Ilahi. Cuma sebelum abang mati, awak jadilah isteri yang solehah, jangan suka melawan cakap abang. Didik anak-anak kita baik-baik. Awak kan selalu cakap abang dah tua.. Kalau abang mati pun, bolehlah abang mati dengan aman" aku dipeluknya erat.
Memang sesekali aku suka usik dia veteran. *Veteran-veteran pun, tetap sihat dan kuat tau*
Kali ni tak cover dah, memang meleleh terus airmata aku.
Kata-kata tersebut sering bermain-main dibenakku. Aku tak tau nak fikir macamana kehidupan aku dengan anak-anak kalau janji Ilahi terjadi dalam masa yang begini. Bila janjiNya tiba, tidaklah dilambat atau dicepatkan walau sesaat. Redha atau tidak, itu adalah aturan takdir. Pasrah atau rela, itu adalah yang tertulis di ruang atas sana.
Janji Ilahi itu rahsiaNya yang Maha Besar.
Dulu pun sekali.
Aku tak pernah terlintas akan kehilangan Ayahku dalam masa yang terlalu singkat. Namun Ayah tetap pergi menemuiNya.
Hilang separuh nyawaku waktu itu.
Tapi yang pergi, tetap pergi. Yang hidup, perlu terus hidup.
Yang hidup perlu bersedia untuk mati. Kerana kematian adalah hakikat dalam setiap kehidupan.
Bersediakah aku untuk mati?
Bersediakah aku untuk menghadapi kematian?
Sedia atau tidak, ia tetap akan datang.
Semoga hidup dan matiku di dalam iman. Juga doa untuk kita semua. Amin Ya Allah.
Bersediakah aku untuk menghadapi kematian?
Sedia atau tidak, ia tetap akan datang.
Semoga hidup dan matiku di dalam iman. Juga doa untuk kita semua. Amin Ya Allah.
**Perbualan di atas adalah perbualan antara aku dan suami di dalam bahasa asing yang telah di Melayukan. Aku memang teringin sangat nak panggil suami dengan panggilan Abang macam orang lain. Abang..Yeah, sweetnya !**

5 Footprints:
Eh ye ke Mr. M beza umur dgn K Ain 30+++..? Tak nampak veteran pun dia akak.
Pak Arab memg awet muda mcm dia ke? Untungla akak. Err, rekemen saya sorang? Tiihheeee....
Serius, orang Arab sangat gentleman.Kak, kalau saya terima lamaran orang arab aritu saya boleh bukak kelab dengan akak. hehe...
Akak guna bahasa apa bila berinteraksi? :)
Biohazard a.k.a Rynn
Akak pun rasa macam tak nampak sangat umurnya +++(sedapkan hati sendiri,hehe)..
Mungkin sebab saiz diorang yang besar-besar gitu, tambah faktor pemakanan.
Beruntung? OK. Dia yang sangat beruntung kawen dengan akak, kan. Haha.
Rekemen, boleh..ada bran? Whoa!
Fatin
Serius.
La, apesal Fatin tak terima? Budaya kah, komitmen kah...atau apakah?Jual mahal sangat kot ni (",)
(Bzbodi sikit, pehh)
Tak pe nanti ada rezeki kelab tu masih boleh dibuka.
Sebab dia tak faham Bahasa Melayu, kami sekeluarga gunakan Bahasa Inggeris yang bercampur dengan Bahasa Arab versi Mesir Pasar.
Anak-anak masih akak ajar cakap Melayu. (~_^)
Sebab belum jodoh saya agaknya. hee..saya budak lagi kak. ;P
Tak terbayang keluarga akak berinteraksi macam mana.Uniknya...
Doakan akak bahagia dengan dia dan anak-anak dunia akhirat.
Ameen. Insya Allah.
sweet.....best of luck!!
Post a Comment